SEKTOR PEMBELAJARAN
UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JULAU, SARAWAK, MALAYSIA
CIKGU ALWIEE BIN HAJI YAMIN
USTAZ OTHMANDI BIN NAZIRIN
Visi
UPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
Misi
Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia
Objektif
Dalam mencapai visi dan misi, UPI telah menetapkan objektif untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan Dakwah dalam aspek berikut:
Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif mengikut kehendak dan keperluan pendidikan
Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM dan SPI JPNS berkaitan dengan PI, BA, IPA dan Dakwah
Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif
Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan pendokumentasian
Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan pengembangan syiar Islam kepada warga KPM
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan bantuan SAR KAFA
Hubungan dan kerjasama antara UPI dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan
Hari Terbuka PPD Julau